Terkini

Solat Aidilfitri di Wilayah Persekutuan tunggu perkenan Agong

PUTRAJAYA – Kebenaran mengadakan solat Aidilfitri di Wilayah Persekutuan akan dimaklumkan selepas mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail, berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi selepas mendapat perkenan baginda.

Beliau berkata, pengumuman di peringkat kebangsaan akan dibuat oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob manakala di peringkat Wilayah Persekutuan tertakluk kepada perkenan Yang Dipertuan Agong.

Katanya, prosedur operasi standard (SOP) tetap sama dan jemaah perlu mematuhinya bagi mengelak penyebaran wabak COVID-19.

“Kami sudah mengangkat permohonan kepada Yang Dipertuan Agong untuk mendapatkan perkenan sama ada masjid dan surau Jumaat dibenarkan menunaikan solat sunat Aidilfitri,” katanya kepada media pada majlis Program Kembara Al-Amin Nuzul Al-Qurandi Surau Putra Al-Amin, Presint 8, di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Program Kembara Al-Amin Nuzul Quran dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), bertujuan mengimarahkan 10 hari terakhir Ramadan.

Mohd Ajib berkata, JAWI menjunjung kasih atas perkenan Yang Dipertuan Agong membenarkan solat Jumaat dan tarawih diadakan di masjid dan surau sempena Ramadan tahun ini.

Katanya, pihaknya bersyukur dan ia membuktikan keprihatinan baginda bagi penduduk di Wilayah Persekutuan melaksanakan ibadah mengikut SOP yang ditetapkan, seolah-olah sebelum pandemik COVID- 19 melanda negara ini.

“Solat Jumaat dibuka seluas-luasnya termasuk kawasan terbuka berkhemah dan bagi solat fardu serta tarawih disurau dibenarkan dalam keseluruhan ruang solat,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: