Terkini

Pelajar IPT dibenar balik rumah sempena Aidilfitri

KUALA LUMPUR: Pelajar institusi pendidikan tinggi (IPT) dibenarkan pulang ke rumah sempena cuti Hari Raya Aidilfitri kecuali bagi negeri Sarawak.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan hari ini, berkata tarikh yang ditetapkan bagi pergerakan pulang ke rumah ialah pada 7 hingga 12 Mei 2021 manakala pergerakan pelajar kembali ke kampus pada 15 hingga 20 Mei 2021.

“Mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diadakan pada 28 April 2021, bersetuju untuk membenarkan pelajar IPT pulang ke rumah masing-masing sempena cuti Hari Raya Aidilfitri.

“Pelajar turut diberi pilihan sama ada pulang ke kediaman masing-masing atau kekal berada di kampus.

“Kebenaran ini selaras dengan kelonggaran yang diberikan oleh MKN sebelum ini kepada sektor pendidikan,” kata kenyataan itu.

Bagi memastikan pergerakan pelajar adalah terkawal, KPT menetapkan beberapa mekanisme kawalan di mana pergerakan pelajar di setiap IPT dilaksanakan secara berfasa.

“Pihak IPT akan menyediakan surat pelepasan perjalanan rentas negeri atau daerah dan menyelaras tarikh pergerakan pulang ke rumah serta kembali ke kampus bagi setiap pelajar.

“Pergerakan pulang pelajar akan menggunakan tiga kaedah iaitu menggunakan kenderaan sendiri, dijemput oleh ibu bapa atau penjaga atau menggunakan bas yang diselaraskan oleh IPT.

“Pergerakan melalui kenderaan awam tidak dibenarkan kecuali perkhidmatan penerbangan,” katanya.

KPT menganggarkan pergerakan ini hanya membabitkan kira-kira 103,994 pelajar yang kini berada di kampus daripada 1.3 juta pelajar di seluruh IPT.

“Ia membabitkan enam kategori pelajar yang dibenarkan untuk menjalani sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di kampus sebelum ini.

“Pelajar dan ibu bapa boleh merujuk kepada prosedur operasi standard (SOP) pergerakan pelajar IPT pulang sempena cuti perayaan Aidilfitri dan dokumen soalan lazim disediakan melalui portal rasmi KPT di https://www.mohe.gov.my/,” katanya.

Selain itu, pertanyaan lanjut boleh dibuat dengan menghubungi pegawai penyelaras di IPT masing-masing atau Bilik Gerakan KPT di talian 03-8870 6777/6949/6623/6628.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: