Gaya Hidup

Bazar Aidilfitri menerima ShopeePay

KUALA LUMPUR – ShopeePay telah mengaktifkan dompet mudah alihnya untuk para peniaga bazar Ramadan dan Aidilfitri sebagai komitmennya untuk mendigitalisasikan perniagaan mikro. Usaha ini telah menyaksikan hampir 300 orang peniaga bazar dari Bazar Aidilfitri di Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan Bazar Ramadan di Bandar Sri Permaisuri, Cheras menggunakan ShopeePay sebagai salah satu kaedah pembayaran.

Penerimaan dan sambutan yang amat menggalakkan ini adalah hasil usaha Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang telah membina asas yang kukuh bagi mendorong agenda tanpa tunai. Pada bulan Oktober tahun lalu, DBKL menjadi pihak berkuasa tempatan pertama di Malaysia yang mengalihkan pembayaran caj tempat letak kereta di bahu jalan ke aplikasi mudah alih dan e-dompet.

Ketua ShopeePay Malaysia Alain Yee berkata, “Peniaga luar talian terutamanya peniaga mikro dan bazar, merupakan antara golongan yang paling teruk terjejas oleh wabak Covid-19. Setelah setahun dihentikan, bazar Ramadan dan Aidilfitri kini kembali.”

Beliau menambah bahawa ShopeePay mengambil peluang ini untuk menghulurkan bantuan kepada para usahawan mikro ini dengan memperkenalkan mereka kepada dompet mudah alihnya sambil menawarkan insentif khusus untuk membantu para peniaga bazar mencapai jumlah jualan yang lebih lumayan pada bulan Ramadan ini.

Kempen Tawaran Bazar Ramadan juga menawarkan para pengguna pulangan tunai sebanyak RM4 dengan pembelanjaan minimum RM8 di gerai-gerai peniaga yang mengambil bahagian dalam kempen ini.

Untuk menikmati pulangan wang tunai ini, para pembeli perlu membeli Baucar Bazar ShopeePay terlebih dahulu yang berharga 5 sen setiap satu melalui fungsi “Deals Near Me” yang dilancarkan baru-baru ini atau melalui laman http://shopee.com.my/bazar. Kemudiannya, mereka boleh mengimbas kod QR ShopeePay para peniaga dan pilih Baucar Bazar tersebut untuk bayar dan dapatkan pulangan tunai RM4 itu.


Baucar Bazar ShopeePay Lorong TAR dan Bandar Sri Permaisuri akan dijual pada harga 1 sen sahaja pada 5 Mei, bersempena Pesta Jualan Raya Shopee semasa kempen Raya Bersama Shopee yang kini berlangsung hingga 14 Mei.


Deals Near Me merupakan ciri atas talian ke luar talian atau online-to-offline (O2O) yang menggunakan perkhidmatan berasaskan lokasi untuk memudahkan para pengguna menemui Baucar ShopeePay oleh para peniaga berhampiran termasuk gerai bazar, kafe, restoran, dan penyedia perkhidmatan.

Pada masa yang sama, pengguna ShopeePay juga dapat menikmati pulangan tunai RM3 dengan pembelanjaan minimum RM15 sekali sehari.

Pembayaran tanpa tunai digalakkan untuk mengelak daripada orang ramai meluangkan masa yang lama di luar dengan keadaan pandemik yang sedang berlaku. Selain itu, pembayaran menggunakan wang tunai secara fizikal juga didapati menimbulkan risiko penularan Covid-19.


Dengan itu, bagi meningkatkan sokongan kepada peniaga bazar dan menyumbang kepada pemulihan ekonomi negara, ShopeePay juga mengetepikan kadar diskaun peniaga (MDR) untuk sepanjang tempoh kempen tersebut. Ini bermakna para peniaga dapat menggunakan dompet mudah alih ini sepenuhnya secara percuma.


Yee menambah, “Dengan mengetepikan caj MDR, ia umpama menggunakan wang tunai kerana para peniaga akan mendapat 100% daripada nilai jumlah jualan. Lebih-lebih lagi, semua transaksi direkodkan secara digital dan ini menjadikan pembukuan dan rekonsiliasi jualan lebih mudah. Kami berharap dengan ini, para peniaga akan lebih mesra terhadap digitalisasi.

Apabila lebih banyak peniaga mendigitalisasikan perniagaan mereka, secara semula jadi ia akan mendorong penggunaan pembayaran tanpa tunai di kalangan para pengguna.”

Para pengunjung bazar diingatkan bahawa akses ke kawasan bazar adalah dikawal rapi dalam usaha untuk menghentikan penularan wabak Covid-19. Oleh itu, para pengunjung perlu mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara. Pihak ShopeePay juga telah menyediakan pembersih tangan di semua pintu masuk kedua-dua bazar ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: