Terkini

Program Jaringan Prihatin dilancarkan

PUTRAJAYA – Kerajaan melancarkan Program Jaringan Prihatin bernilai RM3.5 bilion yang dijangka mampu memanfaatkan kira-kira 8.5 juta rakyat golongan B40 bagi memiliki alat peranti telefon pintar.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata melalui program itu, golongan sasar juga dijangka mampu menikmati bantuan pelan jalur lebar (broadband) Internet.

“Daripada RM3.5 bilion itu, RM2 bilion dibelanjakan kerajaan, manakala syarikat telekomunikasi dan penyedia perkhidmatan pula memberikan sumbangan tambahan berjumlah RM1.5 bilion, terutama dalam bentuk data percuma,” katanya ketika berucap melancarkan Program Jaringan Prihatin, di sini, hari ini.

Pada masa sama, Muhyiddin berkata, Malaysia akan terus komited memantapkan kesalinghubungan di negara ini, sejajar matlamat minimum 75 peratus kesalinghubungan disarankan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Ia adalah dengan kos jalur lebar tidak melebihi dua peratus daripada pendapatan negara kasar (PNK) per kapita bulanan menjelang 2025,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: