Terkini

Prosiding kes jenayah Mahkamah Rayuan dan Persekutuan, Putrajaya ditangguh

PUTRAJAYA – Prosiding kes jenayah di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bermula 3 hingga 13 Mei ini ditangguhkan selepas salah seorang timbalan pendakwa raya dilaporkan positif Covid-19 pada Jumaat lalu.

Kes-kes sepanjang tempoh itu dijangka bermula semula pada 17 Mei ini.

Ekoran itu, timbalan-timbalan pendakwa raya dari Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara (AGC) akan menjalani kuarantin di rumah masing-masing.

Mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) kerajaan atau sehingga diarahkan sebaliknya oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), mereka akan menjalani kuarantin selama 10 hari.

Bahagian Perbicaraan dan Rayuan tersebut diketuai, Timbalan Pendakwa Raya, Manoj Kurup.

Dilaporkan, kebenaran untuk menangguhkan kes-kes itu diberikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Rohana Yusuf pada Sabtu lalu.

Ia kemudian disampaikan kepada Manoj melalui emel daripada Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Ahmad Terrirudin Mohd Salleh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: