Terkini

Duduk di rumah, patuh SOP – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR – Duduk di rumah dan patuhi prosedur operasi standard (SOP).

Itu penegasan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam mengingatkan rakyat Malaysia untuk sama-sama berjuang memerangi COVID-19.

“Perjuangan memerangi COVID-19 ini perjuangan kita semua, bukan hanya petugas KKM (Kementerian Kesihatan) dan barisan hadapan yang lain.

“Kesedaran dan tanggungjawab sosial boleh dimulakan dengan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) kendiri dengan duduk di rumah dan patuh kepada segala SOP.

“InshaAllah kita boleh putuskan rantaian jangkitan Covid-19. #kitajagakita,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Menerusi status berasingan dengan merujuk klip video di Pusat Penilaian COVID-19 di Stadium Malawati, Dr Noor Hisham sekali lagi menegaskan keperluan orang ramai untuk kekal berada di rumah.

“Semoga dipermudahkan segala urusan petugas kesihatan barisan hadapan. Bantulah kami dengan duduk di rumah,” katanya.

Sementara itu, sebanyak 26 kes kematian di tujuh negeri akibat COVID-19 dicatatkan setakat tengah hari semalam, sekali gus menjadikan angka kematian harian tertinggi akibat wabak itu yang direkodkan di negara ini.

Sehingga tengah hari semalam juga, sebanyak 3,733 kes positif baharu COVID-19 direkodkan di seluruh negara, menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan wabak itu setakat ini, 440,677.

Daripada jumlah itu Selangor mencatatkan kes tertinggi iaitu 1,278 diikuti Sarawak dengan 454 kes dan Johor (365) dan Kuala Lumpur (338).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: