Terkini

Monsun peralihan: Hujan lebat, angin kencang dijangka berterusan

ALOR SETAR – Monsun peralihan yang menyebabkan hujan lebat serta angin kencang dijangka akan berterusan dan berlaku pada waktu petang atau malam.

Pengarah Pejabat Meteorologi Kedah, Muhammad Khalil Abd Aziz, berkata berkemungkinan pada hari raya ini akan disambut dalam suasana hujan lebat dan mendung pada waktu petang.

Beliau berkata, monsun peralihan itu yang menyebabkan pada waktu pagi cerah manakala sebelah petang hujan yang disertai ribut petir.

Katanya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak berteduh di bawah pokok bagi mengelakkan berlakunya pokok tumbang atau kejadian tidak diingini.

“Kalau nampak awan bertukar gelap dan kawasan itu berisiko bahaya, elak berada di situ kerana dikhuatiri akan berlaku kejadian bahaya.

“Selain itu nasihat saya kepada nelayan supaya jauhi waktu menangkap ikan pada waktu ribut bagi mengelakkan bot karam akibat dipukul ombak dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian pokok tumbang, ribut dan kejadian nelayan lemas dipanah petir ketika menangkap ikan di Sungai Merbok, Sungai Petani dua hari lalu.

Dalam pada itu, Muhammad Khalil, berkata beliau tidak menafikan berkemungkinan boleh berlaku kejadian belalai darat atau belalai air berikutan monsun peralihan ini.

Katanya, berikutan itu orang ramai perlu bersedia dan berhati-hati dalam segala kemungkinan yang berlaku ketika ini.

“Sekali lagi saya nasihatkan, jangan berlindung di kawasan lapang atau pokok ketika hujan lebat kerana ia boleh menyebabkan pokok tumbang selain ribut petir,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: