KUANTAN – Semua masjid di Pahang diarahkan membaca Qunut Nazilah pada solat Jumaat, secara berterusan mulai hari ini, untuk memohon Allah SWT melindungi rakyat daripada wabak COVID-19.

Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Dr Zulkifle Ali, berkata perkara itu telah mendapat perkenan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, untuk dilaksanakan.

“Pemangku Raja Pahang juga menitahkan supaya semua masjid dan surau di Pahang melaksanakan solat sunat hajat, bacaan Yasin, tahlil dan zikir, serta doa selepas solat maghrib setiap malam Jumaat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini. – BERNAMA

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading