Terkini

Tiada pemotongan elektrik domestik hingga akhir Jun

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju mengecualikan pemotongan bekalan elektrik terhadap pengguna domestik di Semenanjung sehingga akhir Jun, dengan syarat pengguna tidak mempunyai tunggakan melebihi enam bulan.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata sebelum ini langkah sama diambil kerajaan membabitkan pengguna domestik yang tiada tunggakan melebihi enam bulan dengan diberikan pengecualian pemotongan bagi tempoh 1 Januari sehingga 31 Mac lalu.

“Melalui pelaksanaan inisiatif ini, dianggarkan kira-kira 6.96 juta pengguna domestik di Semenanjung memperoleh manfaat dan diharapkan ia dapat membantu memelihara kesejahteraan hidup rakyat dalam keadaan ekonomi yang mencabar ketika ini.

“Bagi Pelan Bayaran Mudah, ia juga dilanjutkan hingga 31 Disember ini, bagi memudahkan pengguna domestik menguruskan pembayaran bil elektrik mereka,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, Pelan Bayaran Mudah yang ditawarkan sebelum ini sepatutnya berakhir 30 Jun ini.

“Inisiatif yang diambil bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) adalah dengan mengambil kira keperluan untuk meneruskan usaha untuk membantu rakyat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

“Jadi tiada pemotongan bekalan elektrik dilaksanakan di kediaman yang mempunyai tunggakan tidak melebihi enam bulan sehingga 30 Jun ini,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: