Terkini

Gesa Inkues mengenai kematian Sivabalan dalam tahanan

Kuala Lumpur – Presiden Nambikkai Malaysia, Dato’ Kalai Vanar menggesa inkues kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam membantu siasatan bebas mengenai kematian tahanan Sivabalan Subramaniam baru-baru ini.

Beliau mengatakan tindakan sewajarnya perlu diambil bagi menyiasat punca sebenar kematian dan sebab serangan jantung seperti yang didakwa oleh pihak polis.

“Saya gesa dan menuntut satu inkues diadakan untuk siasat punca kematian Sivabalan ini.

“Kita sama sekali tidak menuduh pihak polis membunuh atau ada sebarang penderaan terhadap tahanan tetapi kita mahukan perkara ini disiasat dan apa sebab-sebab kepada kematian” katanya dalam satu sidang media petang tadi.

Bagaimanapun, Kalai menegaskan bahawa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Nasional (Suhakam) dan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mesti memimpin siasatan dan bukan polis sendiri.

Tegasnya, semua pegawai polis yang terlibat dalam penangkapan Sivabalan mesti ditangguhkan sementara menunggu siasatan penuh.

Pihaknya memaklumkan telah menghantar satu notis tuntutan secara emel kepada Perdana Menteri dan berharap tindakan dapat diambil segera demi keadilan kepada keluarga mangsa.

Kalai sekali lagi menimbulkan kebimbangan keluarga mengenai perbezaan waktu dan sebab kematian Sivabalan di mana laporan polis menyatakan bahawa dia meninggal pada pukul 12.25 tengah hari tetapi adiknya memaklumkan telah menerima panggilan daripada pihak polis hanya pada jam 3 petang yang mengatakan Sivabalan tenat di hospital Selayang.

“Polis mengatakan bahawa Sivabalan meninggal kerana serangan jantung kurang dari satu jam setelah dia ditangkap, ini memerlukan siasatan dan inkues,” katanya.

Beliau mempersoalkan perbezaan masa antara laporan kejadian dan dakwaan Sivabalan masih dalam keadaan kritikal “beberapa jam selepas kematiannya”.

Kematian Sivabalan menyusul kurang sebulan selepas IPD sama terbabit dalam kontroversi kematian peniaga susu lembu, A Ganapathy dalam tahanan polis.

Ganapathy meninggal dunia di hospital pada 18 April lalu, lebih sebulan selepas dibawa dari balai polis itu ke Hospital Selayang pada 8 Mac.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: