Terkini

5,867 petugas media bakal terima vaksin

KUALA LUMPUR – Seramai 5,867 petugas media daripada 114 agensi media berdaftar bakal menerima suntikan vaksin COVID-19 dalam masa terdekat, umum Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (CITF) untuk mengutamakan barisan hadapan termasuk guru dan pengamal media.

“Temu janji diberikan secepat mungkin selepas CITF menerima butiran mereka,” kata beliau dalam sidang media bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Kata Khairy, tindakan itu selari dengan usaha kerajaan dalam melindungi petugas barisan hadapan sekali gus mendahulukan guru dan pengamal media.

Sebelum ini, Khairy berkata, kerajaan bersetuju meletakkan pengamal media dalam senarai keutamaan menerima vaksin COVID-19, tertakluk kepada bekalan vaksin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: