Terkini

Pulau Pinang mohon waktu operasi perniagaan pasar diawalkan

GEORGE TOWN – Kerajaan Pulau Pinang memohon kerajaan pusat supaya melihat semula keputusan berhubung waktu perniagaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang hanya dibenarkan bermula dari 8 pagi hingga 8 malam yang dikuatkuasakan sejak 25 Mei lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Bandar dan Desa negeri Jagdeep Singh Deo berkata, ini kerana pihaknya menerima permintaan daripada peniaga pasar pagi agar waktu perniagaan diawalkan kepada 6 pagi.

“Ada banyak peniaga yang menyatakan mereka mengalami kesukaran apabila (waktu operasi perniagaan bermula 8 pagi) dan memohon supaya waktu perniagaan mereka dapat diawalkan,” katanya kepada pemberita ketika membuat tinjauan di Tapak Penjaja Sementara (TPS) Jalan Perak, Batu Lancang di sini pada Khamis.

Berdasarkan tinjauan itu, tidak ramai pelanggan datang membeli barang keperluan di pasar berkenaan pada waktu tersebut kerana menurut peniaga, pelanggan lazimnya ke pasar pada awal pagi.

Sementara itu, Jagdeep berkata, bagi memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP), hampir 12,000 pegawai penguat kuasa pelbagai agensi turun padang setiap hari.

Menurutnya kadar pematuhan SOP rakyat di negeri itu ialah sekitar 99 peratus.

– Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: