Bisnes

Tabung Haji perkenal pembukaan akaun secara maya

KUALA LUMPUR –Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini memperkenalkan platform terbaharu iaitu Pembukaan Akaun secara Maya (Virtual Account Opening – VAO) menerusi pautan dan aplikasi THiJARI bagi menggalakkan bakal pendeposit TH membuka akaun secara dalam talian.

Pengenalan VAO adalah merupakan sebahagian daripada inisiatif transformasi digital TH ke arah memperluaskan akses perkhidmatan, menjimatkan masa, mesra alam, selamat dan cekap.

Tuan Haji Mustakim Mohamad, Pengarah Eksekutif Operasi TH berkata, VAO bertujuan memberi kemudahan dan keselesaan kepada rakyat Malaysia yang beragama Islam untuk membuka akaun TH dengan lebih mudah dari mana sahaja mereka berada samada melalui laman web atau aplikasi mudah alih, THiJARI.

Tuan Haji Mustakim Mohamad, Pengarah Eksekutif Operasi TH

TH menyaran agar para pendepositnya terus meningkatkan penggunaan perkhidmatan dalam talian sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengurangkan interaksi bersemuka di kaunter cawangan TH seluruh negara berikutan penularan Covid-19 yang amat membimbangkan pada masa kini.

Bakal pendeposit hanya perlu melayari laman sesawang www.thijari.com.my (dan klik – Tiada Akaun TH? BUKA SEKARANG), kemudian isi butiran lengkap secara dalam talian dan seterusnya hadir di mana-mana cawangan TH bagi membuat pengesahan biometrik dan dokumen pengenalan.

Inisiatif ini sekaligus memudahkan urusan pembukaan akaun baru dan masa untuk membuka akaun disingkatkan dari 15 minit ke satu (1) minit serta pendeposit akan diberi keutamaan di cawangan TH kerana telah melengkapkan permohonan terlebih dahulu.

“Bakal pendeposit perlu memenuhi syarat-syarat pembukaan akaun dan hanya perlu membawa MyKad dan amaun deposit permulaan. Selain itu, pendeposit yang mempunyai anak kandung di bawah umur 18 tahun juga boleh membuka akaun kanak-kanak menerusi THiJARI,” katanya semalam.

Beliau berkata, sejak THiJARI diperkenalkan pada Februari 2020, platform tersebut berjaya menarik lebih 800 ribu pengguna THiJARI Web dan 400 ribu pengguna THiJARI App. THiJARI merupakan perkhidmatan dalam talian yang dilancarkan pada awal tahun lalu bagi memudahkan para pendeposit untuk melakukan transaksi dan menerima perkhidmatan TH secara dalam talian seperti menyemak akaun, mencetak penyata, pindahan wang, perkhidmatan berkaitan haji termasuk pendaftaran, surat tawaran dan rayuan haji serta turut memaparkan
maklumat tentang Kelab TaHa.

Pada awal bulan Mei 2021, simpanan terkumpul TH terus berkembang sihat kepada RM80 bilion dengan jumlah pendeposit aktif kira-kira sembilan (9) juta orang.

“TH terus komited untuk menambah baik mutu dan capaian perkhidmatan kami bagi keselesaan para pendeposit. Selain mewujudkan perkhidmatan yang lebih menyeluruh, mudah, dan fleksibel, TH juga sentiasa peka terhadap keperluan semasa seiring dengan perkembangan digital dan yang paling penting ialah memastikan keselamatan para pendeposit terjaga walaupun dalam suasana pandemik Covid-19 sekarang,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: