Gaya Hidup

realme C25s kini rasmi di Malaysia pada harga RM 699 sahaja

Petaling Jaya – Selain realme 8 5G, realme Malaysia juga telah mengumumkan pelancaran satu lagi telefon pintar didalam siri realme C iaitu realme C25s.

ealme C25s hadir dengan skrin paparan HD+ berukuran 6.5-inci yang mempunyai nisbah skrin kepada badan 88.7%.

Selain itu, realme C25s juga hadir dengan cip pemprosesan MediaTek Helio G85 yang dipadankan dengan GPU ARM Mali-G52 , 4GB RAM dan 128GB storan dalaman.

Beralih kepada bateri, realme C25s mempunyai bateri berkapasiti 6,000mAh yang juga hadir pengecasan pantas 18W dan ciri Smart Night Charge Guardian.

Pada bahagian kamera pula, realme C25s menjadi telefon pintar pertama didalam siri realme C untuk hadir dengan tetapan tri-kamera yang terdiri daripada sensor utama 48MP + sensor B&W 2MP dan sensor makro 2MP. Kamera Selfie adalah 8MP.

Lain-lain spesifikasi realme C25s adalah realmeUI 2.0 yang berasaskan Android 11, mod HyperEngine dan banyak lagi.

realme C25s akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Water Grey dan Water Blue pada harga RM 699 sahaja.

realme C25s akan mula ditawarkan mulai 12 Jun ini melalui semua pengedar rasmi realme dan syarikat telekomunikasi yang terpilih tidak lama lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: