Terkini

Pertimbangkan strategi pengurangan bahaya tembakau untuk membendung tabiat merokok

Kuala Lumpur – Lebih 80 pengamal perubatan menghadiri Persidangan Kebangsaan mengenai Ketagihan Perubatan ke-11 (11th NatCAM) yang dianjurkan oleh Persatuan Perubatan Penagihan Dadah Malaysia (AMAM) dan Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM) pada 23 Mei 2021.

11th NatCAM membincangkan pelbagai isu berkaitan ketagihan dadah dan cara rawatan yang bersesuaian seiring era pandemik ini.

Pakar dan juga pengamal perubatan yang bertugas menangani isu ketagihan menyuarakan kebimbangan mereka mengenai penyalahgunaan bahan terlarang di kalangan remaja dan juga belia yang dilihat diabaikan ketika pandemik ini.

Selainitu, NatCAM juga membincangkan mengenai kesan e-rokok dan vape terhadap kesihatan pengguna.

AMAM dan FPMPAM akan sentiasa berkerjasama untuk meyokong sebarang usaha dan program yang mampu membantu mereka yang mahu berhenti merokok.

Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2019, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebanyak 21.3 peratus daripada rakyat Malaysia adalah perokok iaitu bersamaan dengan 4.9 juta orang. Laporan tersebut juga menyatakan bahawa negara mencatatkan 27,200 kematian yang berkait tabiat merokok.

Dr Steven Chow, Presiden Persatuan Perubatan Penagihan Dadah Malaysia (AMAM)

“Kami maklum bahawa 50 peratus daripada perokok ketika ini di Malaysia mahu berhenti merokok dan ia menjadi tugas kita sebagai doktor untuk membantu mereka merealisasikan impian itu,” kata Dr Steven Chow, Presiden Persatuan Perubatan Penagihan Dadah Malaysia (AMAM).

Oleh yang demikian, konsep pengurangan bahaya adalah langkah pertama yang penting untuk menyelesaikan masalah ini.

“Pendekatan konsep pengurangan bahaya terhadap tembakau menggalakkan perokok yang gagal atau tidak mahu berhenti merokok untuk menukar cara pengambilan nikotin yang kurang berbahaya. Secara tidak langsung usaha ini akan mendorong mereka untuk berhenti pengambilan nikotin selamanya.

“Perokok merokok kerana mereka ketagih kepada nikotin tetapi toksik yang terdapat di dalam asap tembakau lebih memberi kesan kepada kesihatan manusia berbanding bahan tersebut. Nikotin boleh didapati di dalam pelbagai jenis produk yang berbeza dari segi kesan bahaya dan ketagihan dengan rokok berada pada tahap paling bahaya sehinggalah kepada produk-produk penggantian nikotin,” tambah Chow.

Terdapat pelbagai produk untuk terapi penggantian nikotin namun yang paling digunakan dan dibahaskan di Malaysia adalah penggunaan produk vape termasuk produk tembakau tanpa asap seperti snus.

Dalam satu kemaskini Kajian Cochrane mengenai penggunaan rokok elektronik untuk berhenti merokok yang melibatkan 50 kajian dari the USA, UK, Itali, Australia, New Zealand, Greece, Belgium, Kanada, Poland, Korea Selatan, Africa Selatan, Switzerland dan Turki mendapati bahawa perokok berhenti merokok dengan hanya enam bulan selepas bertukar kepada cecair vape bernikotin berbanding terapi penggantian nikotin, produk vape tanpa nikotin atau pun terapi sokongan tingkah laku.

Persidangan ini mencapai sepakat untuk menyeru penglibatan masyarakat umum dan juga professional untuk mengkaji isu pengurangan bahaya tembakau. Dengan satu kajian jangka panjang, pengurangan bahaya tembakau mampu menjadi pendekatan yang pragmatik untuk mengurangkan bahaya penyakit akibat tabiat merokok.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: