SHAH ALAM – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) memaklumkan pesawat dengan nombor pendaftaran milik syarikat Israel yang melalui ruang udara Malaysia pada Selasa lalu disahkan mendapat kelulusan penerbangan Malaysia.
MOT dalam satu kenyataan berkata, kebenaran bagi pesawat awam tersebut dibuat berdasarkan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) yang mana Malaysia adalah sebahagian daripada negara anggota.
Menerusi peraturan ICAO juga, MOT berkata, Malaysia akan meluluskan mana-mana penerbangan melalui ruang udara selagi tidak mengancam keselamatan serta kedaulatan negara.
