Sukan

10,000 sukarelawan Olimpik Tokyo tarik diri

MOSCOW – Jepun berdepan cabaran baharu apabila kira-kira 10,000 daripada 80,000 sukarelawan Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo menarik diri, menurut Ketua Pegawai Eksekutif jawatankuasa penganjur, Toshiro Muto, lapor Sputnik memetik Kyodo News pada Rabu.

“Tidak syak lagi, antara sebabnya kerana bimbang jangkitan Covid-19,” kata Muto.

Menurut Muto, ada juga beberapa sukarelawan berhenti disebabkan pertindihan jadual selepas temasya itu ditunda berikutan pandemik.

Disebabkan program vaksinasi yang perlahan dan jumlah varian virus yang semakin meningkat di Jepun, penganjur menghadapi kesukaran untuk mendapatkan sokongan dan meyakinkan orang ramai acara itu dapat dianjurkan dengan selamat.

Daripada 10,000 sukarelawan yang menarik diri itu, kira-kira 1,000 dilaporkan berhenti disebabkan komen berbaur seksis yang dibuat bekas presiden jawatankuasa penganjur, Yoshiro Mori dalam satu mesyuarat. Komen Mori itu dikritik hebat yang membawa kepada peletakan jawatannya.

Jawatankuasa penganjur sebelum ini telah melantik 80,000 sukarelawan daripada 200,000 yang memohon.

– Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: