Terkini

‘Lockdown’ mesti secara total – Mohamad Hasan

SEREMBAN – Semua pihak terutama yang tergolong dalam sektor ekonomi perlu berkorban sepanjang tempoh pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh atau ‘total lockdown’ fasa satu dalam tempoh dua minggu ini.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Sekatan Pergerakan Penuh tidak akan berjaya melandaikan lekuk jangkitan Covid-19 di negara ini sekiranya pelbagai perniagaan secara terpilih dibenarkan terus beroperasi.

Beliau berkata, penutupan penuh sektor ekonomi dan sosial perlu dilakukan menyeluruh kecuali sektor makanan, pertanian dan kesihatan.

“Ini adalah untuk mengurangkan tekanan terhadap sistem kesihatan yang sangat kritikal pada waktu ini.

“Sektor perkilangan dan pembinaan tidak lagi penting berbanding sektor lain yang rentan, malah akan berisiko lumpuh sepanjang pelaksanaan perintah pergerakan terhad secara total,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau berkata, tindakan kerajaan membenarkan sektor pembuatan atau perkilangan terpilih beroperasi walaupun dalam keadaan terhad akan terus mendatangkan risiko kejangkitan.

Katanya, ini secara langsung bertentangan dengan matlamat mengadakan ‘total lockdown’.

“Kita telah bereksperimen dengan pelbagai prosedur operasi standard (SOP) selama lebih setahun. Namun kes semakin meningkat dengan pelbagai ‘variant of concern’ yang mula dikenal pasti dalam negara,” katanya.

Tambah beliau, berdasarkan data yang dikeluarkan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRCC) Kebangsaan, sebanyak 115 kluster tempat kerja dengan 5,392 kes dilaporkan antara 12 dan 26 Mei lalu.

“Lebih separuh daripada jumlah tersebut melibatkan sektor perkilangan iaitu 62 kluster,”katanya.

Pada Selasa, Kementerian Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengumumkan sebanyak 95,142 syarikat telah mendapat kebenaran untuk beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 setakat jam 12 tengah hari.

Ia menunjukkan hampir 20 peratus syarikat berdaftar dengan Covid-19 Intelligent Management System (CIMS) telah mendapat kebenaran untuk beroperasi, malah jumlahnya dijangka bertambah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: