Terkini

Tutup pintu sebab dah habis kerja – Ismail

KUALA LUMPUR – “Saya nak pulang (sudah habis kerja), sebab itu tutup pintu.”

Demikian penjelasan ringkas Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengenai hantarannya dalam Facebook, semalam, berkaitan ‘pintu’ yang menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan warga maya.

Beliau berkata demikian pada sidang media secara maya sempena Pelancaran Pembinaan Hospital Modular COVID-19 Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, di sini, hari ini.

Dalam hantaran melalui Facebook itu, Ismail Sabri memuat naik gambar menunjukkan beliau sedang menutup pintu pejabatnya di Kementerian Pertahanan.

Hantaran yang turut disertakan kapsyen ‘Saya dah tutup pintu depan tapi…..’ itu menimbulkan pelbagai persoalan, terutama ketika negara sedang menjalani Sekatan Pergerakan Penuh bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Setakat ini, hantaran terbabit mendapat lebih 70,000 tanda suka dan lebih 13,000 perkongsian.

Pelbagai maklum balas diberikan warga maya, termasuk ada yang menzahirkan kata-kata sokongan kepada Ahli Parlimen Bera itu.

“Terima kasih atas usaha tuan (Ismail Sabri). Bukan mudah menyandang posisi sebegini dalam keadaan semua menumpukan kepada beliau,” tulis pengguna media sosial dikenali sebagai Shukor Said.

“Jaga kesihatan Datuk (Ismail Sabri)… semoga semua usaha dipermudahkan,” tulis seorang lagi pengguna media sosial, Liki Rukiah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: