Terkini

FAMA nafi berlaku masalah lambakan durian di Pulau Pinang

GEORGETOWN – Tiada masalah lambakan durian yang berlaku di negeri ini, malah bekalan ‘raja buah’ itu dilaporkan masih tidak mencukupi di pasaran.

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pulau Pinang dalam satu kenyataan berkata, menerusi pemantauan pihaknya, trend pengeluaran durian semasa di Balik Pulau sedang meningkat naik dan dijangka memuncak pada minggu kedua atau ketiga Jun depan.

Menurutnya, pemantauan di peringkat ladang dan borong juga mendapati tiada lambakan durian yang berlaku ketika ini.

“Disebabkan penguatkuasaan Sekatan Pergerakan Penuh atau ‘total lockdown’ sejak 1 Jun lalu, pemborong buah dari luar Pulau Pinang tidak dapat masuk ke negeri ini berikutan memerlukan surat kebenaran untuk merentas negeri.

“Disebabkan itu, buah durian tidak dapat dijual. Namun selepas surat kebenaran dikeluarkan kepada peraih buah di luar Pulau Pinang pada hari berikutnya, hasil keluaran durian dapat diuruskan seperti biasa,” kata kenyataan tersebut pada Jumaat.

Sinar Harian pada Khamis melaporkan mengenai kebimbangan peniaga durian di negeri ini yang menjangkakan akan mengalami kerugian akibat masalah pemasaran disebabkan pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh.

Sementara itu, Fama Pulau Pinang memaklumkan bahawa pihaknya sudah bertemu dan menawarkan khidmat pemasaran kepada peniaga terbabit.

“Terdapat beberapa cabang khidmat pemasaran yang disediakan FAMA, antaranya ialah melalui jualan di Pusat Segar Terkawal atau Pusat Operasi Perai untuk jualan secara terus,” katanya.

Selain itu, katanya, buah-buahan berkenaan boleh dijual melalui portal Agrobazaar.com serta rangkaian outlet dan peruncitan di seluruh Pulau Pinang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: