Terkini

PM bertemu Agong, dipercayai bincang mengenai isu covid-19

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin beredar dari Istana Negara, di sini, selepas kira-kira sejam tiba untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pagi ini.

Kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna hitam yang membawa Perdana Menteri, dilihat keluar dari pekarangan Istana Negara melalui pintu utama pada jam 8.56 pagi.

Terdahulu, kenderaan dinaiki beliau dilihat tiba di Istana Negara pada jam 7.50 pagi tadi.

Difahamkan, tiga lagi pemimpin utama parti politik akan menghadap Seri Paduka, hari ini.

Tidak pasti mengenai agenda majlis menghadap berkenaan, namun ia dipercayai ada kaitan dengan keadaan semasa negara, terutama isu penularan COVID-19 yang membimbangkan.

Bagaimanapun, adalah menjadi kelaziman, Perdana Menteri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong pada setiap Rabu untuk menghadiri mesyuarat Pra-Kabinet di Istana Negara.

Lebih 20 petugas media bersiap sedia membuat liputan di pintu masuk utama Istana Negara seawal jam 7 pagi tadi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: