Terkini

Belasah isteri hamil hingga koma, pelaku ditahan polis

Kuala Lumpur – Lelaki yang memukul isterinya yang hamil sehingga koma pada 4 Mei lalu sudah ditahan polis, hari ini.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Dev Kumar berkata, lelaki berusia 38 tahun itu ditahan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Bukit Aman, jam 11 pagi di Taman Bukit Angsana, di sini.

“Suspek yang ditahan kemudian diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan hari ini untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sebelum ini dilaporkan seorang kakitangan awam sebuah jabatan kerajaan di Johor bertarung nyawa selepas parah disyaki dipukul suaminya pada 4 Mei lalu.

Mangsa yang hamil empat minggu itu parah pada kepala sehingga sebahagian tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak disyaki dipukul suaminya yang berusia 38 tahun.

Pada 18 Mei lalu, polis mengedarkan gambar suspek bagi memudahkan orang ramai memberi maklumat lokasi keberadaan suspek selepas keluarga mangsa membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan.

Maklumat peribadi suspek turut diedarkan membabitkan nama dan alamatnya iaitu Rosmaini Abd Raof, 38, beralamat di A 102 Perumahan Polis, Taman Derga Jaya, Alor Setar di Kedah dan bekerja sebagai peniaga.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi terus talian hotline IPD Johor Bahru Selatan di talian 07-2182323 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Salaihudin Azual Razali 013-7290763.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: