Terkini

Lima peratus media divaksin dibenar ke Tokyo

PUTRAJAYA – Kira-kira 250 dos vaksin diberikan kepada petugas media di seluruh negara, sejak golongan yang ditakrifkan sebagai petugas barisan hadapan itu mula diberi suntikan pelalian pada Rabu lalu.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, berkata prestasi pemberian suntikan vaksin untuk media ketika ini berada pada tahap lima peratus daripada keseluruhan 5,000 nama yang disenaraikan dan diberikan kepada Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF).

Katanya, CITF juga dalam proses memberikan janji temu kepada petugas dalam senarai berkenaan, termasuk mereka yang akan membuat liputan ke Sukan Olimpik Tokyo pada penghujung bulan depan.

“Hari ini kita mula memberi vaksin kepada lebih 38 petugas media, daripada 47 agensi tempatan dan antarabangsa yang akan membuat liputan di Sukan Olimpik Tokyo bagi mendapatkan suntikan dos pertama mereka di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEV) dengan bantuan Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM).

“Selebihnya bagi petugas yang mendapat suntikan dos pertama seperti AstraZeneca, CITF akan mengatur janji temu dos kedua mereka supaya mereka sempat melengkapkan perlindungan mereka sebelum berlepas pada bulan depan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat CITF, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Khairy berkata, sebanyak 700 janji temu setakat hari ini diberikan kepada petugas media di seluruh negara untuk menerima suntikan dos pertama vaksinasi COVID-19.

Beliau menjelaskan bahawa CITF akan mengeluarkan lebih banyak janji temu dalam minggu ini, berbanding 1,500 yang dijanjikan pada Rabu lalu.

“CITF perlu mengimbangi keperluan vaksinasi buat rakan-rakan media kita, dengan keperluan imunisasi untuk warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan golongan komorbid yang turut diutamakan dalam fasa kedua PICK,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: