Terkini

Kadar suntikan vaksin hampiri 200,000 dos sehari

KUALA LUMPUR – Kadar pemberian suntikan vaksin ke seluruh negara terus meningkat dan semakin menghampiri sasaran 200,000 dos sehari.

Berdasarkan perangkaan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV), kadar suntikan vaksin atau inokulasi yang direkodkan semalam ialah sebanyak 197,963 dos, tertinggi sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) mula dilaksanakan pada 23 Februari lalu.

Kadar tertinggi pemberian suntikan vaksin ke seluruh negara yang direkodkan sebelum ini ialah sebanyak 157,949 dos pada 10 Jun lalu.

Mengikut pecahan, rekod tertinggi suntikan vaksin semalam merangkumi pemberian 142,890 dos pertama, manakala selebihnya, iaitu 55,073 ialah dos kedua.

Jumlah keseluruhan pemberian dos vaksin ke seluruh negara setakat semalam ialah sebanyak 4,688,233 dos, dengan 3,275,194 dos meliputi dos pertama dan 1,413,039 dos kedua.

Secara perbandingan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masih merekodkan kadar tertinggi pemberian suntikan vaksin dengan 700,566 dos, diikuti Selangor (667,743), Sarawak (515,596), Johor (444,971), Perak (376,177) dan Sabah (366,453).

Laporan harian JKJAV turut menunjukkan seramai 13,811,642 atau 59 peratus daripada keseluruhan individu berusia 18 tahun ke atas di negara ini, setakat semalam sudah mendaftar bagi mendapatkan suntikan vaksin menerusi MySejahtera.

Perangkaan itu sekali gus merekodkan peningkatan sebanyak 3.2 peratus atau 21,906 orang, berbanding kadar pendaftaran yang direkodkan JKJAV kelmarin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: