Terkini

Program Kupon Makanan Rakyat perlu dilaksanakan

SHAH ALAM – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mencadangkan supaya kerajaan melaksanakan program Kupon Makanan Rakyat bagi membolehkan penerima membuat pembelian daripada peniaga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro yang berdaftar serta menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP).

Wakil Pejuang Perak, Mior Nor Haidir Suhaimi berkata, pelaksanaan kupon itu juga membantu kerajaan mendapatkan maklumat lebih meluas berkenaan kesukaran yang dihadapi PKS mikro ketika ini.

Beliau berkata, dalam keadaan negara dilanda pandemik Covid-19, ia sedikit sebanyak dapat membantu PKS mikro untuk terus bertahan sekali gus meningkatkan kuasa membeli.

“Selain itu, ia bukan sahaja membantu rakyat terkesan mendapat bantuan makanan, malah perniagaan berkaitan PKS mikro seperti pemborong dan pembekal bahan mentah turut mendapat manfaat yang sama,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Dalam pada itu, Mior Nor Haidir berkata, meskipun kerajaan mengumumkan bantuan kewangan tambahan secara one-off kepada PKS mikro sebanyak RM1,000 pada 31 Mei lalu, namun bantuan tersebut bukanlah satu penyelesaian menyeluruh.

Menurut beliau, ia tidak mampu menampung pertambahan PKS mikro yang terpaksa gulung tikar ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 kerana ia perlu mengambil masa berbulan-bulan untuk memulihkan perniagaan yang terkesan.

“Ini kerana kuasa membeli masih rendah terutama kepada peniaga yang menjual barangan mentah ataupun makanan bungkus. Kebanyakan pekerja bekerja dari rumah dan lebih memilih untuk memasak sendiri,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan perlu meneruskan kesinambungan kitaran ekonomi (economy cycle) yang mempunyai implikasi besar kepada kebajikan masyarakat setempat dan negara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: