Terkini

Buka Parlimen pada September keputusan rasional

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhak menetapkan tarikh persidangan Parlimen mengikut waktu yang dirasakan sesuai oleh beliau.

Memetik laporan Astro Awani, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun turut sifatkan komitmen Muhyiddin untuk mengadakan sidang pada September dan Oktober adalah rasional.

Mengulas lanjut, Azhar sifatkan jangkaan tarikh itu tidak terlalu lewat, selain memadai untuk menghadapi krisis Covid-19.

“Perdana Menteri berkuasa menetapkan tarikh sidang Parlimen dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Beliau berhak memanggil sidang mengikut Perlembagaan, malah beliau telah menyatakan secara rasional berkenaan kewajaran tempoh tersebut.

“Antaranya kerana angka Covid-19 dan sebagainya, jadi bagi pihak Parlimen, kita menunggu tarikh persidangan ditetapkan nanti,” katanya.

Beliau mengulas perutusan khas Perdana Menteri ketika mengumumkan Pelan Pemulihan Negara bahawa sidang Parlimen boleh diadakan dalam Fasa Ketiga Strategi Pelan Pemulihan Negara iaitu sekitar September atau Oktober ini, mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Muhyiddin menegaskan, beliau kekal dengan pendiriannya bahawa sistem Demokrasi Berparlimen boleh berfungsi semula pada masa yang sesuai, setelah kes Covid-19 terkawal dan hampir mencapai imuniti berkelompok.

– Awani

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: