Luar Negara

Sydney wajibkan semula pelitup muka

SYDNEY – New South Wales kembali mewajibkan pemakaian pelitup muka ketika menggunakan pengangkutan awam di Sydney berikutan varian Delta COVID-19 yang semakin tersebar dan menjangkiti dengan mudah.

Walau bagaimanapun, pihak berkuasa menetapkan semua acara luar dirancang dengan pelan keselamatan COVID-19 yang baik boleh diteruskan di bandar terbesar di Australia.

Kluster baharu pertama di negeri itu dikesan dalam kalangan pemandu yang membawa kru syarikat penerbangan.

Pegawai kesihatan berkata, kes terbaru jangkitan virus itu berlaku melalui hubungan minimum dengan orang yang dijangkiti di pusat beli-belah Sydney.

Ketua Menteri New South Wales, Gladys Berejiklian, berkata pihaknya tidak mahu mewujudkan situasi panik, tetapi dalam masa yang sama ingin semua orang berjaga-jaga.

“Kami berasakan maklum balas yang digariskan hari ini cukup untuk maklumat yang ada hari ini.

“Kami mempunyai ruang untuk bertindak jika keadaan bertambah buruk atau sesuatu yang tidak dijangka berlaku,” katanya.

Pelitup muka akan diwajibkan di sektor perkhidmatan kereta api, bas dan feri dari jam 4 petang waktu tempatan selama lima hari, sementara pegawai mendesak lima juta penduduk Sydney untuk memakai pelitup muka di semua tempat tertutup, termasuk pasar raya dan teater.

Sebelum ini, Australia berjaya membendung wabak dengan peraturan penjarakan fizikal yang ketat, penutupan sekejap dan kawalan sempadan dalaman dengan hanya lebih 30,300 kes dan 910 kematian.

Namun begitu, pemberian vaksin terhalang berikutan Australia mengubah dasar imunisasinya dengan mengehadkan suntikan AstraZeneca hanya kepada mereka berusia 60 tahun ke atas kerana bimbang pembekuan darah, sementara vaksin Pfizer disyorkan untuk kumpulan usia yang layak.

Keadaan itu boleh melambatkan proses vaksinasi memandangkan Australia perlu bergantung kepada negara lain untuk mendapatkan Pfizer sementara AstraZeneca dihasilkan di negaranya.

Hanya empat peratus atau 20 juta daripada populasi dewasa Australia sudah divaksinasi sepenuhnya, sementara sekitar 25 peratus sudah diberikan dos pertama mereka. – AGENSI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: