Bisnes

Genting buka resort RM17.9 bilion di Las Vegas

LAS VEGAS: Kumpulan Genting membuka resort terbaharunya, yang bernilai AS$4.3 bilion (RM17.9 bilion) di sini, yang juga hartanah baharu terbesar di daerah Strip dalam tempoh sedekad.

Resorts World Las Vegas menampilkan 3,500 bilik hotel, teater 5,000 tempat duduk yang turut didiami Celine Dion serta skrin LED sebesar 100,000 kaki persegi di bahagian sisi salah satu menara.

Terdapat sebuah kedai ‘pop-up’ yang menjual pakaian daripada almari keluarga Kardashian dan kedai yang dinamakan Here Kitty Kitty Vice Den.

“Terdapat sesuatu di sini untuk setiap orang, secara asasnya, sebuah bandar di dalam bandar,” kata bekas eksekutif MGM Resorts International yang kini adalah presiden kasino itu, Scott Sibella.

Hartanah baharu itu terletak di pinggir Las Vegas, yang ditutup selama tiga bulan tahun lalu berikutan coronavirus dan jumlah pengunjungnya bulan lalu masih lagi 27 peratus lebih rendah berbanding bulan sama 2019.

Ia juga satu pencapaian penting bagi Genting, gergasi pelancongan dan percutian Malaysia, yang mencatatkan prestasi tidak menentu dalam projek kasino lain di Amerika Syarikat (AS).

“Apabila mahu menjadi besar dan berani, mereka tidak menunjukkan tahap kejayaan yang tinggi,” kata penganalisis Macquarie Securities, Chad Beynon, mengenai sasaran Genting di negara itu.

Genting pada asalnya merancang sebuah resort yang tertumpu kepada warga Asia.

Ia bercadang menempatkan habitat panda dan replika Tembok Besar Cina.

Rancangan itu dibatalkan untuk tema yang lebih meluas, sejajar dengan resort mewah lain di Strip.

“Hari di mana hartanah bertema, melalui zaman gemilangnya pada 1990-an,” jata penganalisis Sanford C. Bernstein, Vitaly Umansky.

“Anda tidak memerlukan gimik seperti itu di Las Vegas. Itu bukanlah pasaran untuknya lagi.”

Namun, Resorts World menawarkan keperluan moden Sin City, termasuk kelab malam dan kedai menjual beg tangan Judith Leiber.

Terdapat kawasan khas untuk bertemu dan merakam gambar bersama penghibur dalam teater.

Genting bekerjasama dengan Hilton Worldwide Holdings Inc, yang menempatkan tiga hotel dalam projek berkenaan, termasuk Conrad, Hilton dan jenama baharu, Crockfords.

Kadar bilik bermula pada AS$149 (RM620) satu malam pada hari bekerja.

-Bloomberg

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: