Terkini

PPV KPJ mampu beri vaksin kepada 6,000 orang sehari

KUALA LUMPUR – Pusat Pemberian Vaksin (PPV) KPJ akan mampu memberi vaksin kepada lebih 6,000 orang sehari apabila keseluruhan 21 PPV KPJ dibangunkan menjelang akhir bulan ini.

KPJ menerusi kenyataan pada Selasa berkata, jumlah itu adalah kira-kira empat peratus daripada 150,000 vaksinasi harian yang disasarkan di seluruh negara.

“Di peringkat Kumpulan, KPJ mempunyai 16 pusat PPV yang sedang beroperasi memberikan vaksin kepada kira-kira 4,000 orang sehari, menjadikan KPJ penyedia penjagaan kesihatan swasta terbesar yang menyokong Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan,” menurut kenyataan itu.

Menurutnya, sejak Mac lepas lebih 60,000 individu divaksin di PPV KPJ.

Kenyataan itu berkata, sebagai penyedia penjagaan kesihatan swasta terbesar negara, KPJ mempunyai keupayaan untuk memberi vaksin kepada lebih 10,000 orang sehari jika diperlukan.

Oleh itu, katanya, sebagai inisiatif masa hadapan ia sedang meneroka peluang untuk menyediakan suntikan vaksin secara persendirian selain daripada program kerajaan.

– Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: