Terkini

Bicara 1MDB Najib bersambung Selasa ini

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes berprofil tinggi membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menghadapi pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB), akan bersambung 29 Jun di Mahkamah Tinggi di sini.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib, berkata kes itu sepatutnya ditetapkan untuk sambung bicara pada 21 Jun lalu di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah, namun ditangguh susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“Mahkamah sebelum ini menetapkan 28, 29 dan 30 Jun untuk sambung bicara. Tetapi, oleh kerana PKP 3.0 dilanjutkan hingga 28 Jun, maka perbicaraan akan bermula pada 29 Jun,” katanya ketika dihubungi BERNAMA hari ini.

Peguam Najib, Wan Aizuddin Wan Mohammed, dijangka meneruskan pemeriksaan balas saksi pendakwaan ke-10, Mohd Hazem Abdul Rahman, 49, bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB, apabila perbicaraan bersambung nanti.

Najib, 67, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

– BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: