Terkini

Dr Noor Hisham turun padang jadi ‘vaccinator’

KUALA LUMPUR – Dalam usaha membantu memastikan proses pemberian vaksin COVID-19 terus diperluaskan kepada setiap rakyat, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah juga tidak ketinggalan untuk ‘turun padang’ menjadi ‘vaccinator’ bersama pasukan vaksinasi bergerak.

Dalam lawatan kerja bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad ke projek rintis program vaksinasi bergerak di sekitar Parit Sulong, Batu Pahat di Johor, hari ini, beliau sempat menyuntik vaksin kepada beberapa individu termasuk pesakit yang terlantar di rumah.

“Sehari bersama pasukan bergerak kami memberikan khidmat vaksinasi ke pasakit yang sukar untuk keluar ataupun terlantar di rumah,” katanya dalam catatan dan perkongsian beberapa keping gambar lawatan itu di Facebook.

Projek rintis itu adalah program kerjasama pelbagai pihak iaitu Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), pusat pemberian vaksin (PPV) Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) Persekutuan dan Jabatan Kesihatan Johor.

Dr Noor Hisham berkata, projek yang bermula sejak 14 Jun itu, adalah usaha institut pengajian tinggi tempatan untuk membantu kerajaan, dalam meningkatkan liputan vaksinasi COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

“Menerusi projek itu, proses vaksinasi dilaksanakan dengan tiga kaedah penyampaian, iaitu pusat pemberian vaksin satelit di dewan Maktab Rendah Sains MARA Batu Pahat, bagi individu yang stabil dan perkhidmatan ‘outreach’ vaksin berpusat.

“Selain itu, lawatan rumah ke rumah dibuat bagi pesakit yang terlantar di rumah atau warga emas atau OKU yang tiada kemampuan fizikal atau mental untuk hadir ke PPV,” katanya.

Garis panduan bagi pelaksanaan pemberian vaksin rumah ke rumah, disediakan Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga Kementerian Kesihatan, demi menjaga keselamatan penerima vaksin dan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi.

Bagi warga emas terlantar, lemah, uzur dan sakit peringkat akhir, beliau berkata penilaian akan dilakukan pegawai perubatan sebelum pesakit divaksin.

– BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: