Terkini

Harga minyak masak 5kg ditetapkan tidak melebihi RM30

PETALING JAYA – Bagi menangani isu kenaikan harga minyak masak botol 5kg, harga kawalan berasaskan nilai ambang minyak sawit mentah ditetapkan tidak melebihi RM30 sebotol.

Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan juga memperuntukkan dana tambahan sebanyak RM1 bilion bagi memastikan bekalan minyak masak pek polibeg 1kg terjamin.

“Melalui tambahan peruntukan ini, rakyat masih dapat membeli minyak masak pek polibeg 1kg pada harga bersubsidi RM2.50,” katanya ketika membentangkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bernilai RM150 bilion hari ini.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, kerajaan juga bersetuju memberikan diskaun bil elektrik antara 5 hingga 40% mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 900 kilowatt jam sebulan.

“Antaranya diskaun sebanyak 40% akan diberikan kepada penggunaan elektrik bawah 200 kilowatt jam sebulan dan 15% bagi penggunaan antara 201 hingga 300 kilowatt jam sebulan.

“Secara keseluruhan rakyat akan mendapat diskaun berjumlah RM346 juta dan diskaun ini akan berkuat kuasa bagi tempoh tiga bulan mulai bil bulan Julai,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, kerajaan terus komited membantu rakyat meringankan beban kos sara hidup dengan meneruskan dasar pengawalan harga barang perlu.

Justeru beliau berkata, kerajaan akan terus mengekalkan harga runcit bagi petrol RON95, diesel dan LPG yang dijangka melibatkan subsidi melebihi RM6 bilion tahun ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: