Politik

PNBBC ucap tahniah kepada Ismail Sabri, Hishammuddin

Kuala Lumpur – Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC) hari ini mengucapkan tahniah diatas perlantikan Datuk Sri Ismail Sabri Bin Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri Kanan Luar Negeri serta mengetuai Kluster Keselamatan.

Pengerusinya, Dato’ Seri Shahidan bin Kassim menyatakan keyakinan bahawa kestabilan negara dan kemakmuran rakyat dapat dicapai.

“Diharapkan dengan pelantikan kedua-dua Yang Berhormat ini dapat mengukuhkan lagi institusi pentadbiran kerajaan dalam memberikan fokus bagi menangani pandemik COVID-19 serta memulihkan semula negara dalam aspek ekonomi, sosial, kesihatan dan pendidikan.

“Kami turut ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri atas kepercayaan yang diberikan
kepada Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob dan Dato’ SeriHishammuddin Tun Hussein” katanya dalam satu kenyataan media.

Tambahnya lagi, PNBBC menyeru semua pihak memberikan kerjasama dan tumpuan yang optimum bagi membantu mengurangkan beban rakyat agar boleh meneruskan kelangsungan hidup dalam tempoh masa yang kritikal dan mencabar.

Beliau juga turut berharap usaha jitu dapat dilaksanakan bagi mengembleng tenaga membantu mempercepatkan proses vaksinasi kepada rakyat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: