Terkini

PEJUANG cadang penubuhan Majlis Pemulihan Negara

KUALA LUMPUR – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) hari ini mencadangkan penubuhan Majlis Pemulihan Negara bagi membantu rakyat dalam menghadapi masalah COVID-19.

Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, penubuhan majlis tersebut turut bertujuan untuk mengurangkan kadar kes jangkitan COVID-19 di negara ini.

“Kita akan perkenalkan usul pihak Pejuang untuk menubuhkan Majlis Pemulihan Negara semasa Parlimen sedang bersidang,

“Memulihkan keadaan rakyat dan negara adalah agenda utama dan kami tidak mempedulikan matlamat politik,” kata Tun M semasa Sidang Media Maya Parti Pejuang semalam.

Beliau menambah, peningkatan kadar kes jangkitan dan kematian menunjukkan Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan baru-baru ini tidak berkesan.

“Pelan Pemulihan Negara gagal dan tidak berjalan. Kita perlu fikir dengan cara lain untuk memperbaiki keadaan,

“Pejuang mencadangkan penubuhan Majlis Pemulihan Negara dan ditumpukan secara spesifik kepada pemulihan keadaan rakyat,

“Rakyat tertekan dengan SOP, PKP dan COVID-19. Mereka tertekan sehingga ada yang membunuh diri. Ada yang bunuh diri disebabkan tekanan kewangan,” jelasnya.

Beliau menambah, rakyat semakin tertekan berikutan kematian ahli keluarga mereka akibat wabak itu.

“Ada diantara rakyat kita tertekan tidak dapat berbuat apa-apa ketika ahli keluarga mereka sedang menghadapi kematian akibat wabak ini,” kata Tun M.

Pada masa yang sama, bekas Perdana Menteri turut berkeyakinan penubuhan Majlis Pemulihan Negara dapat mengurangkan beban rakyat.

Menyentuh keanggotaan majlis, Tun M menjelaskan ianya perlu dianggotai oleh kumpulan pakar yang lebih memahami masalah semasa yang ditanggung oleh rakyat dan negara ketika berdepan wabak COVID-19.

“Mereka (ahli) hendaklah terdiri daripada pakar ekonomi, sosial dan lain-lain kerana mereka lebih memahami keadaan serta masalah yang dihadapi,

“Selain daripada itu, mereka perlu diberikan kuasa kerana ini akan memastikan segala nasihat mereka akan didengari oleh pihak berwajib,” tegas Tun M.

Selain daripada itu, beliau turut berharap pihak kerajaan menerima dan meluluskan cadangan penubuhan Majlis Pemulihan Negara. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: