Politik

Saya akan terus bekerja untuk rakyat, bantu PM, TPM dan kerajaan

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata beliau akan terus bekerja untuk rakyat bagi membantu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan.

Beliau mengakui lebih senang berkerja bersama seseorang yang terbukti lebih berjaya serta terus berusaha membantu rakyat, berbanding bersama individu yang hanya bermain politik, beretorik dan mahu menjatuhkan orang lain demi kepentingan dirinya sendiri.

“Apa lagi mereka yang tidak konsisten prinsipnya, tidak benar kata-katanya serta tidak jujur hatinya,

“Apa lagi untuk berkerja dengan mereka yang terbukti gagal mengawal diri, mulut dan hati mereka,

“Insya Allah saya akan terus berkerja untuk rakyat membantu Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan kerajaan setakat termampu bagi saya. Taksub? biar rakyat yang menilai dan biar rekod saya yang berbicara,” katanya dalam hantaran di media sosialnya, hari ini.

Pada masa sama, Annuar Musa yang juga Menteri Wilayah Persekutuan menepis dakwaan ada pihak yang menggelarnya sebagai pentaksub kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Seorang ahli MKT lantikan dari selatan yang telah gagal dan menggagalkan parti PRU lepas, menulis dan menggelarkan saya pentaksub PM, saya hanya mampu senyum membacanya,

“Watak penulis ini sudah di ketahui ramai. Tak perlu saya mengulasnya. Lagi pun bukan cara saya melayani watak yang tak perlu di layan,

“Saya tidak tahu dia pentaksub siapa, mungkin orang lain tahu,” jelasnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: