Luar Negara

Jepun umum darurat 42 hari di Tokyo

TOKYO – Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga hari ini secara rasmi mengumumkan darurat di Tokyo berikutan peningkatan kes jangkitan COVID-19.

Darurat yang diumumkan akan berkuatkuasa mulai 12 Julai sehingga 22 Ogos. Tempoh tersebut turut merangkumi waktu berlangsungnya temasya Sukan Olimpik.

Tokyo akan menganjurkan Sukan Olimpik mulai 23 Julai sehingga 8 Ogos.

Langkah terbaharu oleh Jepun dijangka akan memberikan kesan bilangan penonton yang hadir. Difahamkan, Tokyo turut mempertimbangkan pembatalan kehadiran penonton.

Sebelum ini, penganjur Sukan Olimpik mengumumkan seramai 10 ribu penonton atau 50% kapasiti stadium dibenarkan hadir untuk menonton acara sukan.

Penonton dari negara luar tidak dibenarkan sama sekali untuk hadir menyaksikan sukan Olimpik.

Jepun pada ketika ini sedang berhadapan dengan gelombang keempat COVID-19. Selain daripada itu, hanya 15% penduduk Jepun telah divaksin sepenuhnya.

Semalam, Tokyo mengesan sebanyak 920 kes jangkitan COVID-19 yang merupakan tertinggi sejak Mei lalu.

Peningkatan mendadak kes COVID-19 telah memberikan kesan kepada acara tradisi Sukan Olimpik.

Pihak pentadbiran Tokyo telah memutuskan untuk mengubah laluan larian obor dari laluan utama. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: