Terkini

PKPD Seremban: Polis tutup beberapa laluan utama di Nilai

SEREMBAN – Beberapa laluan utama di Nilai yang bersempadan dengan daerah Jelebu, Port Dickson serta Kajang, Selangor ditutup susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di daerah Seremban bermula Jumaat.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai terdiri daripada empat mukim iaitu Labu, Lenggeng, Pantai dan Setul.

“Polis bersama Jawatankuasa Bencana Daerah Seremban bersetuju menutup beberapa laluan utama dengan melakukan sekatan jalan raya (SJR) di sempadan daerah dan negeri serta mempertingkatkan Operasi Patuh (Op Patuh) di kawasan PKPD,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Mohd Fazley berkata, pelaksanaan PKPD bertujuan mengawal pergerakan penduduk di semua mukim terlibat serta mengekang penularan Covid-19.

PKPD di seluruh Seremban bermula Jumaat hingga 22 Julai.

– Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: