Terkini

My Jet Xpress bakal lancar pesawat kelima November ini

Subang Jaya – My Jet Xpress Airlines Sdn Bhd (MyJet) bakal melancarkan pesawat kargonya yang kelima pada bulan November nanti.

Ketua Pegawai Eksekutif, Azrul Hisham Abdul Wahab berkata mengikut perancangan, pesawat kelima itu berupaya menambah frekuensi penerbangan dan pengoperasian terutamanya untuk perjalanan ke China dan India.

“Insya Allah kami akan menerima pesawat baru paling awal pada bulan November nanti.

“Pesawat baru ini kami akan guna untuk mengoptimumkan operasi di China dan India” katanya kepada media.

Tambahnya lagi, pesawat jenis Boeing 737-800 itu adalah bagi memenuhi permintaan yang tinggi pada masa ini dan menambah jumlah 4 operasi pesawat sedia ada.

Terdahulu, My Jet melancarkan pesawat keempat pada Disember tahun lepas jenis Boeing 737-400F yang diberi nama Al-Fateha.

Pesawat (9M-NEW) itu juga turut melakarkan potret penghargaan buat barisan hadapan dengan memaparkan lukisan wajah Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham bin Abdullah, Wira dan wirawati (Doktor dan Jururawat dari Kementerian Kesihatan Malaysia), Ustaz Ebit Liew, Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), dan Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Beliau ditemui ketika menyerahkan sumbangan 200 bakul makanan kepada ibu bapa SMK Subang yang terkesan berikutan pandemik Covid-19.

Turut hadir, pengetua sekolah, Zanariah Abu Bakar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: