Politik

Asyraf Wajdi yakin ahli Parlimen UMNO ikut keputusan MKT

SHAH ALAM – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki melahirkan keyakinannya bahawa ahli-ahli Parlimen UMNO akan mengikut keputusan parti itu yang menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila tiba masanya.

Beliau berkata, keyakinan itu disebabkan jika dilihat pada masa ini, tidak ada ahli-ahli Parlimen parti itu yang menentang keputusan dibuat oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) pada Rabu minggu lalu.

“Hari ini kalau kita tengok ahli-ahli Parlimen kita tidak ada seorang pun yang menentang (keputusan MKT).

“Yang keluar (kenyataan) sekarang ini semua surat-surat tanpa ‘letterhead’ Barisan Nasional (BN) dan tanpa tandatangan kononnya ahli-ahli Parlimen BN menentang keputusan MKT (UMNO),” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi program ‘live 60 minit’ bersamanya yang disiarkan secara maya dikendalikan oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Marang, Mohd Zafpri Daud pada Ahad.

Rabu minggu lalu, MKT UMNO membuat keputusan menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin berkuat kuasa serta-merta.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ketetapan tersebut diambil berpandukan tujuh kegagalan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Muhyiddin dalam memenuhi aspirasi yang digariskan parti itu.

Mengulas lanjut, Asyraf berkata, semasa mesyuarat MKT Rabu lalu, hampir kebanyakannya bersetuju dengan keputusan menarik sokongan terhadap Muhyiddin.

“Cuma yang membezakan ahli-ahli MKT hari itu adalah soal ‘timing’ sahaja. Ada yang kata tunggu Parlimen.

“Tapi soal ‘timing’ ini hanya enam orang sahaja daripada 56 orang. 50 orang lagi semua setuju untuk kita tarik serta- merta,” dedahnya.

Tegasnya, keputusan MKT UMNO pada masa itu juga tidak dipengaruhi oleh Ahmad Zahid.

“Jangan kata MKT ini dipengaruhi oleh Presiden. Parti ini bukan milik seorang individu. Parti ini milik kolektif.

“Parti juga membuat keputusan tidak akan bersetuju kalau UMNO mahu mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Kita juga menyatakan bahawa MKT tidak bersetuju kalau kita mahu menyokong kerajaan yang ditunjangi oleh DAP dan Pakatan Harapan (PH),” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: