Terkini

Wad Covid-19 HTAR terima 151 katil tambahan hari ini – KSU KKM

KLANG – Wad Covid-19 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini akan menerima tambahan 151 katil dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Isnin, menjadikan jumlah keseluruhan katil sebanyak 606 buah.

Ketua Setiausaha KKM, Datuk Mohd Shafiq Abdullah berkata, bagi wad Covid-19 Unit Rawatan Rapi (ICU) pula, kapasiti katil rawatan Covid-19 sedia ada di HTAR akan ditingkatkan dari 51 kepada 72 katil, dalam masa terdekat.

“Kita telah menambah beberapa fasiliti yang kritikal yang telah ditularkan sebelum ini (di media sosial) mengenai kawasan kecemasan seolah-olah dibiarkan, tetapi itu proses biasa untuk mengalih pesakit-pesakit ke wad-wad dan ia mengambil masa sedikit.

“Hasil lawatan saya ke HTAR, didapati jumlah bilangan katil Covid-19 telah bertambah,” katanya kepada Bernama selepas melakukan lawatan kerja ke HTAR pada Ahad.

Dalam kenyataan sebelum ini, HTAR memaklumkan hospital itu telah mengubah fungsi asrama doktor pelatih dan Kompleks Rawatan Harian menjadi wad sementara bagi menempatkan pesakit Covid-19 bermula Jumaat lepas.

Mengenai aspek peruntukan peralatan perubatan tambahan dalam menangani Covid-19, Mohd Shafiq berkata, KKM setakat ini telah mengagihkan sebanyak RM747 juta di bawah perolehan darurat bagi fasiliti kesihatan di seluruh negara.

“Di Selangor sahaja lebih RM100 juta telah diberikan.Urusan-urusan perolehan ini haruslah cepat, tidak boleh mengikut proses biasa dan kita berterima kasih kepada Perbendaharaan Kementerian Kewangan yang memberi kelulusan khas,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata, HTAR masih dikekalkan status sebagai hospital hibrid memandangkan ia adalah hospital rujukan negeri.

Beliau menambah, keseluruhan hospital yang ada di Selangor masih mampu untuk menerima kes, sama ada kes Covid-19 atau bukan Covid-19 dan institusi perubatan negara sentiasa dalam keadaan bersiap siaga.

– Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: