Terkini

Polis siasat tembok masjid diconteng cat merah

IPOH – Polis menjalankan siasatan berhubung tembok pagar masjid di Taman SPPK, Pasir Puteh di sini diconteng menggunakan semburan cat merah awal pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, laporan kejadian itu diterima daripada seorang ahli jawatankuasa masjid berusia 60 tahun pada jam 9.07 pagi.

“Kejadian disedari pada jam 5.15 pagi ketika pengadu dan isteri tiba di masjid lalu mendapati terdapat tulisan cat merah ‘jangan buka bunyi terlalu kuat’ pada tembok pintu masuk utama masjid.

“Tiada individu lain di kawasan sekitar selain pengadu dan isteri,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Yahaya berkata, pengadu yang juga muazin di masjid berkenaan memaklumkan beliau akan memasang alunan bacaan ayat al-Quran selama kira-kira 10 minit sebelum melaungkan azan solat subuh, setiap hari.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencemarkan tempat ibadat yang boleh dikenakan hukuman maksimum dua tahun penjara atau denda atau kedua-duanya.

– BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: