Politik

AMK pertikai tindakan PM persenda kempen bendera putih

JOHOR BAHRU – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasrullah Mohd Nasir mempertikai tindakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempersendakan inisiatif bendera putih dikibarkan rakyat negara ini.

Menurut beliau, kerajaan dilihat tidak peka terhadap bebanan dihadapi rakyat sehingga ada yang mengambil jalan pintas dengan ‘membunuh diri’.

Beliau berkata, kenyataan itu bertentangan dengan keputusan AMK yang bersolidariti dengan kempen kibar bendera putih dan menggerakkan jentera seluruh negara membantu mereka yang memerlukan.

“Saya telah melihat satu rakaman yang tular mengaitkan perdana menteri mempersenda inisiatif bendera putih rakyat pada majlis Pelancaran Bakul Makanan Prihatin Negara.

“Dalam rakaman tersebut jelas beliau berkata ‘Tak payah naik bendera putih ke, bendera hitam ke. Nak naik bendera biru takpe’, sambil diiringi gelak ketawa.

“Adakah kesusahan rakyat hari ini hanya bahan jenaka buat perdana menteri. Adakah inisiatif rakyat yang prihatin terhadap rakyat ini hanya bahan jenaka buat beliau,” katanya menerusi status terbaharu dalam Facebook miliknya pada Khamis.

Katanya, bendera putih dimaksudkan itu adalah kempen rakyat dalam membantu sesama rakyat yang terdesak memerlukan bantuan selepas kerajaan gagal membela kebajikan mereka.

“Dalam kempen ini, bukan sahaja bakul makanan, malah ada yang memerlukan susu, lampin pakai buang dan sebagainya. Inisiatif ini digerakkan berikutan peningkatan kes bunuh diri akibat tekanan kerana kehilangan punca pendapatan.

“Mereka yang memerlukan bantuan diminta mengibarkan bendera putih agar jiran tetangga dapat bantu. Jika rakyat tidak mengibarkan bendera putih kerana terdesak memerlukan bantuan, adakah kerajaan akan bantu,” ujarnya.

Akmal Nasrullah turut mempersoal tindakan pemimpin negara yang tidak menyokong inisiatif rakyat malah mempersenda gerakan tersebut sedangkan punca gerakan itu tercetus adalah kegagalan kerajaan sendiri.

“Adakah ini kerajaan yang rakyat ingin beri amanah untuk menjaga rakyat untuk tempoh 10 atau 20 tahun akan datang,” soalnya.



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: