Politik

Pilihan raya tidak sesuai diadakan ketika pandemik Covid-19

Kuala Lumpur – Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berpandangan pilihan raya tidak sesuai diadakan ketika ini kerana pandemik Covid-19.

Menurut laporan Awani, walaupun proses demokrasi itu satu-satunya cara untuk menyelesaikan gangguan politik ketika ini, namun beliau mengakui kepentingan negara dan rakyat perlu diutamakan.

“Apabila pilihan raya diadakan dan pemenang ditentukan, selesai segala cerita.

“Cuma masalahnya buat masa ini, pilihan raya tidak boleh dilakukan.

Jelasnya, pilihan raya hanya boleh dipertimbang apabila imunisasi kelompok mencapai sasaran 80 peratus.

“Perdana Menteri memang berhasrat untuk adakah pilihan raya. Tetapi kerajaan tidak boleh bubar kerana pandemik ini.

“Kalau nak adakan pilihan raya juga, biarlah apabila sekurang-kurangnya 80 peratus rakyat telah terima suntikan vaksin,” katanya.

Tegas beliau, menyerahkan kembali mandat kepada rakyat untuk memilih pemerintah adalah langkah yang paling ideal.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: