Terkini

Fahmi gesa Adham Baba perjelas isu doktor kontrak disiasat polis

Kuala Lumpur – Pihak polis telah menjalankan soal siasat 12 doktor di pusat kuarantin di Maeps, Serdang awal pagi ini walaupun Menteri Kesihatan memberikan jaminan di Parlimen semalam yang tiada tindakan akan diambil terhadap doktor yang menyertai hartal pada Isnin.

Peguam Asheeq Ali Seth Alivi yang mewakili kumpulan “Hartal Doktor Kontrak” berkata beliau berada di pusat kuarantin itu hingga awal pagi tadi untuk memberikan khidmat nasihat guaman kepada doktor terbabit, tetapi tidak dibenarkan masuk.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil meminta penjelasan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba tentang perkara tersebut.

Menurut Fahmi, tindakan itu bertentangan dengan kenyataan Menteri Kesihatan itu yang sebelum ini menjelaskan tidak ada tindakan terhadap doktor yang terlibat dalam mogok kerja Hartal Doktor Kontrak.

“Semalam Menteri Kesihatan berkata tidak ada tindakan kepada doktor kontrak walaupun keluar berdemonstrasi kerana mereka berhak buat demikian. Tetapi menurut laporan sebuah portal berita,
polis telah mengambil keterangan mereka pada pukul 3.45 pagi tadi dengan merakam percakapan 12 doktor di MAEPS, Serdang.

“Jadi saya minta penjelasan adakah kenyataan menteri itu bagi seluruh kerajaan atau hanya Kementerian Kesihatan atau sebahagian kerajaan, kenapa masih ada tindakan kepada doktor yang telah keluar?” soalnya di Dewan Rakyat hari ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: