Politik

TPM, ahli Parlimen UMNO bermesyuarat di hotel

SHAH ALAM – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob tiba di sebuah hotel berhampiran Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur sebentar tadi.

Difahamkan beliau bertemu dengan beberapa ahli Parlimen UMNO yang sudah menunggu sejak pukul 8 malam tadi.

Antara yang hadir ialah ahli Parlimen Arau merangkap Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC), Datuk Seri Shahidan Kassim dengan ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib.

Turut hadir ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Mastura Yazid dan Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.

Mereka mengadakan pertemuan itu susulan pendirian parti tersebut menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: