Terkini

JKN Kedah mohon maaf isu silap beri vaksin

ALOR SETAR – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah telah memohon maaf kepada seorang penerima vaksin Covid-19 dan keluarganya berhubung kesilapan pemberian suntikan dos kedua yang berlaku di sebuah pusat pemberian vaksin (PPV) di Sik pada 5 Ogos lepas.

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Othman Warijo berkata, berdasarkan siasatan pihaknya, kesilapan itu berlaku disebabkan jururawat di PPV berkenaan tidak memeriksa kad suntikan vaksin penerima terbabit sebelum membuat suntikan.

“Kejadian dilaporkan pada 5 Ogos 2021 pada 8.25 pagi di Bilik Suntikan 1, PPV Dewan Al Hana, Sik. Penerima vaksin tersebut adalah seorang wanita berumur 58 tahun yang hadir ke PPV itu untuk mendapatkan suntikan dos kedua vaksin Covid-19 keluaran Pfizer-BioNtech.

“Kesilapan telah berlaku apabila jururawat kesihatan memberi suntikan vaksin keluaran Sinovac. Kesilapan disedari oleh petugas yang lain dan terus memaklumkan kepada penyelia dan pengurus PPV,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.

Beliau berkata, pada hari tersebut terdapat lebih daripada satu jenis vaksin digunakan di dewan tersebut iaitu sebanyak 1,043 suntikan bagi dos pertama vaksin Pfizer-BioNtech, 141 dos kedua vaksin Sinovac dan 223 dos kedua Pfizer-BioNtech.

Menjelas lanjut, Dr Othman berkata, pengasingan dan laluan penerima suntikan ke bilik imunisasi dos pertama Pfizer-BioNtech, dos kedua Pfizer-BioNtech dan dos kedua Sinovac telah dilakukan supaya tidak berlaku kesilapan suntikan vaksin yang berbeza.

Katanya, garis panduan pengendalian vaksin juga sentiasa diberi oleh penyelia jururawat sebelum bermulanya sesi imunisasi setiap hari.

“Jururawat terbabit telah mengakui kesilapan yang telah dilakukan dan telah memohon maaf secara peribadi kepada penerima vaksin berkenaan. Beliau juga telah diberi teguran, diberi kaunseling dan direhatkan daripada tugasan pada hari tersebut,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: