Terkini

Cadangan sekalikan visa pelancongan, umrah tidak praktikal

SHAH ALAM – Cadangan kerajaan untuk sekalikan visa pelancongan dan visa umrah tidak praktikal dan boleh mengusutkan hubungan dua hala Malaysia dan Arab Saudi.

Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (Papuh), Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata, visa pelancongan membolehkan rakyat Malaysia berada di sana selama 90 hari setahun sementara visa umrah tidak melebihi 30 hari.

“Untuk makluman, selain Brunei, Malaysia merupakan negara Islam yang diberikan visa pelancongan oleh kerajaan Arab Saudi kerana keistimewaan keakraban hubungan antara Malaysia dan Arab Saudi.

“Keistimewaan itu membolehkan rakyat negara ini mengunjungi lokasi menarik di sana kecuali di Tanah Haram sekali gus membuka lebih peluang perniagaan kepada agensi pelancongan kita di sini,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Mengulas lanjut, Razali berpandangan, kerajaan ketika ini perlu memastikan rakyat Malaysia menggunakan agensi pelancongan berdaftar bagi tujuan umrah dan melancong.

Pada 10 Ogos, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, kerajaan kini dalam proses memuktamadkan prosedur menunaikan umrah untuk rakyat Malaysia dengan Kedutaan Arab Saudi.

Jelas Zulkifli, antara aspek yang diberi tumpuan ialah meneliti isu pemberian visa umrah dan pelancongan kepada umat Islam yang bercadang mengerjakan ibadah tersebut dalam tempoh terdekat.

Oleh itu, kerajaan mungkin melihat dengan lebih dekat keperluan visa pelancongan dan umrah disekalikan bagi mengelakkan masalah ketika mengerjakan umrah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: