Terkini

SOP solat di masjid, surau di Perak kekal

IPOH – Prosedur operasi standard (SOP) sedia ada bagi solat berjemaah di masjid dan surau di Perak masih kekal digunapakai.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin berkata, individu yang menerima dos lengkap vaksin masih perlu mematuhi SOP ditetapkan sebelum ini.

Menurut beliau, pematuhan SOP berkenaan penting bagi mengelak tercetusnya kluster baharu Covid-19 membabitkan masjid dan surau.

“SOP solat berjemaah di masjid dan surau kekal seperti sekarang walaupun ada dalam kalangan ahli jemaah yang telah lengkap dua dos vaksin.

“Jemaah hendaklah mematuhi SOP terutamanya pemakaian pelitup muka, membawa sejadah dan penjarakan fizikal yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian pada Rabu.

Sementara itu, Mohd Yusop turut menyarankan semua masjid dan surau di negeri ini supaya terus mengadakan solat hajat, bacaan Yasin dan doa agar virus Covid-19 dapat dilenyapkan.

Mulai 8 Julai lalu, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan membenarkan semua masjid dan surau di negeri ini menerima jemaah mengikut keluasan dewan solat dengan pematuhan jarak fizikal yang ditetapkan.

Kebenaran melibatkan semua solat fardu, solat Jumaat dan solat jenazah itu selari dengan tempoh Pelan Pemulihan Negara Berfasa yang diumumkan kerajaan.


Pada 8 Ogos, kerajaan mengumumkan kebenaran kepada individu lengkap dua vaksin untuk menunaikan solat di masjid dan surau bermula Selasa.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, kebenaran itu hanya untuk mereka yang sudah dua minggu atau 14 hari selesai melengkapkan vaksin Sinovac, Pfizer atau AstraZeneca atau selepas 28 hari selesai menerima vaksin satu dos, Johnson & Johnson dan CanSino.

Kebenaran solat untuk individu lengkap vaksin kembali imarah masjid, surau

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: