Politik

“Apa-apa kita tunggu esok” – Redzuan

KUALA LUMPUR – “Insya-ALLAH akan ada pengumuman, apa-apa pun kita tunggu esok”, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Menurut beliau, mesyuarat tersebut membincangkan arah dan hala tuju sekiranya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatannya pada esok.

Tambah Mohd Redzuan, perutusan yang diumumkan pada Jumaat merupakan jalan terakhir demi kepentingan rakyat menghadapi krisis ketika ini.

“Jadinya kita nampak ada golongan yang tidak bertanggungjawab untuk memastikan rakyat digadaikan.

“Sepatutnya, kita membincangkan usaha yang dibawa oleh Perdana Menteri dan Perikatan Nasional (PN), tetapi kita akur kepada perlembagaan sekiranya tarik sokongan atas dasar peribadi tanpa mengira kepentingan rakyat,

“Maka kita akan uruskan dengan cara terbaik,” katanya kepada media selepas Mesyuarat Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Publika pada Ahad.

Mengulas lanjut, Mohd Redzuan berkata, sekarang ini terpulanglah kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk memastikan negara terus distrategikan dengan kepimpinan yang boleh memberi kesejahteraan rakyat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: