Politik

Tular Muhyiddin bakal jadi mentor menteri kepada Ismail Sabri

PETALING JAYA – Muhyiddin Yassin, yang baru sahaja meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, mungkin menjadi mentor menteri jika Ismail Sabri Yaakob dilantik memegang jawatan tertinggi negara itu, menurut desas desus dalam kalangan lingkungan politik.

Dan kini nampaknya, Ismail memiliki angka sokongan mencukupi untuk menjadi Perdana Menteri interim.

Ini susulan laporan bahawa semua 42 Ahli Parlimen Barisan Nasional sebulat suara bersetuju menyokong Naib Presiden Umno itu memegang jawatan berkenaan, walaupun sebelum ini, segelintir berkata, mereka tidak akan memberi sokongan.

Bersatu dan PAS juga berkata, mereka akan menyokong Ismail.

Tambahan, pemimpin Gabungan Parti Sarawak Wan Junaidi Tuanku Jaafar memberitahu pagi ini, gabungan berkenaan turut bersetuju secara prinsip untuk menyokong Ismail.

Dengan ini, Ismail, yang berkhidmat sebagai timbalan Muhyiddin selama lebih sebulan, berkemungkinan mendapat sokongan yang cukup daripada Ahli Parlimen dalam usaha untuk dinamakan sebagai Perdana Menteri interim.

Khabar angin kuat mengatakan, jika Ismail menjadi Perdana Menteri, Muhyiddin, yang kini menjadi Perdana Menteri sementara (caretaker), akan dimasukkan ke dalam Jemaah Menteri sebagai mentor menteri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: